Friday, October 7, 2016

Pengakhiran Sebuah Cinta - Chapter 1



PENGAKHIRAN SEBUAH CINTA
Penulis : Kotak Hati

Penafian : Kisah ni takde kene mengena dengan novel Suamiku Abang Bomba atau pun yang seangkatan dengannya dan takde kene mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

PROLOG

Kisah yang akan aku coretkan ini bukanlah realiti malah bukan juga imaginasi cuma minda ini ingin berbicara, bicara tentang  sebuah kisah cinta yang aku sendiri tidak pasti mana originnya..

Pagi ahad itu hujan turun dengan lebat membasahi pohon-pohon yang menghijau, anugerah yang tak ternilai daripada yang Maha Esa. Sayang, cuma segelintir manusia mensyukuri nikmatnya. Tak jauh daripada jendela kaca kelihatan awek-awek Universiti berlari-lari anak sambil menjinjing buku di atas kepala menuju ke arah bas persiaran yang siap tersedia menanti. Tersenyum aku melihat telatah mereka. Dah tau sekarang ni musim hujan apesal  la tak bawak payung. Rasa macam nak turun pergi hantar payung dekat dorang. Tapi aku pendamkan sahaja hasrat tu takut bertumbuk pulak aku dengan balak dorang nanti maklum la awek-awek yang dressed up K-Pop macam tu kompom la dah berpunya kan? Tapi bila diamati betul-betul aku macam pernah kenal je sorang awek yang berdiri ayu dekat stesen bas tu. Yang bertudung bawal, berkulit cerah sejuk mata memandang. Hampir aku jeritkan nama yang telah kian lama aku lupakan. Ya.. nama yang dah terlalu lama aku lupakan…




CHAPTER 1

“Oitt Ray jam ko rosak ke pe? Ke ko buat-buat lupa hari ni final exam dowh”, jerit Mie member sebilik dan merangkap member kamceng Ray sambil menggoncang-goncangkan tubuh rakan baiknya yang kurus tetapi agak sado itu.

“Bising betul la mamat skema ni, aku study sampai ke pagi tu pasal la mengantuk giler ni.” Dengan mata yang berselaput taik mata Ray gagahkan jugak la cari henpon Nokia 3310 kesayangannya itu. “Masak.. dah pukul 8.50 pagi. Paper calculus start pukul 9.00 pagi. Calit mata ngan air liur la jawabnyer nih”, bebel Ray sendirian. Ray capai apa yang patut, menggelabah turun anak tangga apartment 5 tingkat yang mereka sewa sebab malas nak tinggal dekat asrama yang disediakan kononnya sebab tak bebas. Nasib baik tak tersungkur. Kalo ikut jiwa kentalnya mau je dia lompat dari tingkat 5 apartment sambil buat gaya Captain America.

Sampai je dekat motor kapchai championnya tu, Ray terus masukkan kunci, start motor dan terus pulas minyak sampai habis. Dah lambat la katakan. Tapi satu benda dia terlupa! Ye.. mangga brand Solid yang baeknye tergantung dekat disk brake depan. “Mampus aku!“, jerit Ray dalam hati. Ketakk!!! “Aikk.. elok je pulak tu dia tercabut sendiri. Memang patut la pun dah brand Solid. Kah..Kah...” Ray menunggang laju tanpa menoleh kebelakang menuju ke jalan besar. Elok je lalu depan stesen bas sempat  pulak dia terpandang sorang awek ayu muka ala-ala Japanese look, berbaju kurung, bertudung bawal, ada tahi lalat manis bawah bibir sebelah kiri, tengah tunggu bas dekat situ.
“Perghh.. Cun siak awek ni.” Ternganga mulut Ray.

Tapi dalam masa yang sama kelihatan 3 biji motor kapchai berhenti dekat situ dan dengan selambanya salah seorang malaun meragut kejam handbag awek tu. Siap terjatuh awek tu.  “Punye ramai orang kat situ tapi takde sorang pun yang nak tolong. Siyut betul la. Sume takde t#*o ke?”, bentak Ray sambil menggenggam buku lima sampai tersembul urat tangannya. Tak sampai beberapa saat elok je bebudak kapchai tu lalu depan Ray sambil buat aksi Superman. Jauh dari sudut pandangan mata Ray, jelas kelihatan awek tadi tu menahan kesakitan akibat terjatuh tadi. Atas dasar perikemanusiaan Ray terus change gear 2 pulas habis minyak full throttle terus pergi kejar bebudak kapchai tu.

Sampai dekat bulatan masjid bebudak tu dah perasan yang ada mamat kejar dorang. Memasing terus tunjuk lagak amek corner style Rossi siap berapi lagi stand cecah kat jalan. “Dorang ni tak tau ke aku champion kat sini. Sambil baca New Strait Times je aku ble cecah lutut la”, sumpah Ray dalam hati. Terus dia pangkah motor bebudak kapchai tu lepas tu dengan selamba badaknyer langgar tayar belakang salah sorang daripada geng malaun itu. Ambik ko! dengan mamat tu dengan Ray sekali tergolek dekat situ. Nasib mereka baik sebab time tu jalan tengah clear. Lepas 5 saat bergolek Ray bingkas bangun.

Matanya merah menyala, liar mencari lokasi handbag awek tadi tu. Lepas dah kelihatan bayang handbag tersebut, terus dia capai handbag tu daripada mamat yang tengah menggelupur kesakitan akibat perlanggaran tadi. Walaupun dalam kegelupuran mamat tu still pegang erat handbag tu tak nak kasi lepas. Memang jenis geng penyamun kental! Ray sentap sekuat hati finally terlepas jugak daripada genggaman dia. Nasib baik tak putus tali handbag jenama Louis Vuitton itu.

“Perghh.. anak Dato’ ke awek tu?”, ternganga lagi mulut Ray.

Tapi tanpa disedari dia rasa semacam ada cairan panas mengalir daripada belakang  kepalanya. Terus pandangannya jadi kabur. Tapi sebab nak nampak macho punye pasal, Ray buat-buat cool. Cantek punya lepas dia pusing belakang, sorang lagi pulak bagi penumbuk tepat kena dekat batang hidung Ray. Dah hidung pulak berdarah. Darah muda Ray dah mula mendidih. Semangat juangnya meluap-meluap!

Seorang demi seorang Ray pandang, melilau matanya mencari ketua dorang. Ray ni ada satu habit. Kalau pasal gaduh ni memang dia akan aim ketua dia dulu. Dapat je ketua geng penyamun tu, terus dia cekak leher mamat yang pegang kayu yang masih kelihatan lelehan darahnya itu. Ray dah macam hilang akal. Tak sedar berapa das tumbukan dia bagi dekat muka mamat tu sampai lembik mamat tu dia kerjakan. Dasar geng penakut! Takde sape pun yang datang tolong ketua dorang tu. Semua pakat-pakat start enjin motor lepas tu blah dari situ tinggalkan ketua dorang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Ray cakap dekat mamat tu, “Lu kalo takde duit pergi carik keje la bro. Jangan menyusahkan orang lain”. Mamat tu angguk-anguk kepala je tanda paham la tu.

Lepas daripada tu Ray pun angkat motor champion kesayangannya tu, start enjin dan terus meluru laju menuju ke stesen bas tempat awek cun yang terjatuh tadi tu. Sampai je dekat sana Ray terus pergi dekat awek tu sambil menghulurkan handbag Louis Vuitton yang dah berjaya dia dapatkan kembali dengan muka bangga siap kembang lubang hidung. Bila dah berdepan, baru la Ray sedar betapa ayunya awek tu walaupun tanpa secalit makeup pun di wajahnya. Tak tau kenapa, jantung Ray berdegup kencang. Sekencang angin laut China Selatan!

“Saya rasa ni awak punya. Awak takde apa-apa ke?”, sapa Ray sambil tangannya menggigil menghulurkan handbag. Gigil woo! Mau tak gigil, first time tegur awek cun. Walaupun dalam kesakitan, terpancar jugak senyuman manis awek tu. Terus Ray terlupa pasal kepala dan hidungnya yang berdarah tu.

“Terima kasih ye sebab tolong dapatkan balik handbag saya tu. Terima kasih sangat. Tapi awak tak kenal saya, kenapa awak sanggup susahkan diri kejar bebudak tadi tu? Saya mintak maaf banyak-banyak sebab susahkan awak. Saya mintak maaf awak”. Nada sedih awek tu buat Ray jadi sebak. “Siyut la tetibe jadi jiwang plak. Ni kalo Mie nampak , sampai ke sudah dia bahan aku”, bisik hati Ray sambil berhuhu sendirian. Dengan coolnye Ray menjawab, “Dah jadi kewajipan saya untuk tolong orang yang dalam kesusahan. Mungkin hari ni hari awak, hari saya tak tau bila pulak kan? Ok jom pergi tengok wayang awak belanja. He.. He..”. “Eeh.. sempat plak nak menggatal ye”, kata awek tu sambil tangannya secara spontan laju je mencubit pinggang Ray. Terus muka dia berubah. “Sorry.. sorry awak, saya tak sengaja tercubit awak. Sorry eek”. “He.. He.. Takde hal la bukannya kuat pon rase macam kene gigit lebah je”, jawab Ray dengan muka menahan kesakitan.

Dengan tak semena-menanya dorang boleh berborak panjang pulak dekat stesen bas tu walaupun masing-masing belum perkenalkan diri lagi. Rasa macam dah kenal lama la pulak. Tiba-tiba awek tu cakap, “By the way nama saya…”. Belum sempat dia habiskan ayat perkenalannya itu, secara tiba-tiba pandangan Ray menjadi kabur dan selepas itu semuanya  menjadi gelap umpama malam tenang tanpa bintang.

*************************
           
Bukak-bukak je mata terus Ray pegang kepalanya, “Hadoyai sakit gile la kepala aku.” Tapi dia pelik bila masa pulak dia pakai kopiah?. Rupanya kepala Ray dah siap berbalut rapi. Bila dia pandang sekeliling baru la dia sedar yang dia sekarang ni berada di dalam wad dan awek yang dia belum sempat nak berkenalan tadi tu ada duduk di sebelah katilnya sedang menunggunya. “Awak.. awak dah sedar. Awak ok tak? Kenapa kepala awak boleh berdarah? Tadi awak pengsan, awak tau tak? Nasib baik kawan awak yang nama Mie tu lalu dekat situ. Dia yang call ambulans tapi saya cakap dekat dia biar saya je yang ikut. Saya suruh dia bawak balik motor awak tu.  Doktor cakap awak pengsan sebab kepala awak kena hentakan objek keras. Tapi takde apa-apa yang serious.” Banyak pulak soalan awek ni dah macam keretapi express dah dia cakap. Terus Ray letak jari telunjuknya dekat mulut mungil awek tu sambil berkata, “I’m fine. Don’t worry about me. I’m Iron Man”.

Dengan pipi kemerah-merahan awek tu balas, “Tak padan dengan sakit sempat lagi nak bergurau ye. Saya risau ni tengok keadaan awak. Saya carik nombor telefon emak awak dekat henpon awak tu tapi saya tak sure yang mana satu yang betul sebab banyak sangat nama emak dekat dalam contact list awak tu.” Berpeluh dahi Ray. Nasib baik la awek tu tak call mak dia kalau tak mesti mak dia risau. Nak-nak kalau pompuan pulak yang call.  Mak Ray  memang dah banyak kali tukar nombor telefon. Yang si Ray ni pulak tak reti-reti nak delete nombor lama mak dia tu sampai kekadang dia sendiri pun konpius yang mana satu nombor mak dia.

“Alamak.. paper calculus!!”. Sepantas kilat Ray teringat. Bersusah-payah dia study subjek tu  sampai ke pagi, last-last time exam dia tak datang pulak. “Awak on the way nak pergi exam ke tadi?”, soal awek tu. “Aah.. paper calculus. Tapi takpe la nanti saya pergi jumpa Encik Zul untuk bincang balik macam mana nak buat, samada boleh ambil semula exam tu atau pun tidak. Oh ye..  Sambung balik perbualan kita pagi tadi tu, saya Azrai dan awak boleh panggil saya Ray pasal memember sume panggil saya macam tu.” “Saya pulak Nur Qistina dan awak boleh panggil saya Qis. Bukan kiss tau. He.. He”. Pandai pulak awek ni bergurau manja dengan si Ray. “Oh indahnya dunia!”, jerit Ray dalam hati. “Tak sangka pulak kita boleh berkenalan dengan cara macam ni. By the way, awak tunggu saya ni balak awak tak marah ke?.”

“Urmm.. Tadi doktor cakap awak dah boleh discharge hari ni. Saya pun dah call kawan serumah saya Nina  mintak tolong dia jemput saya dekat sini. Awak nak ikut sekali ke?." “Eeh.. Dia boleh tukar topik lain la pulak. Soalan aku dia tak jawab lagi. Lantak la bukannya ada kena mengena dengan aku pun”. “Takpe la, Qis balik la dulu dengan kawan Qis tu. Kejap lagi saya mintak Mie jemput saya.”

Tetiba handphone Qis berbunyi. “Ok la Ray, kawan saya dah sampai la. Saya pergi dulu ye. Nanti kita jumpa lagi eek. Take care.” Lepas bagi salam Qis pun berlalu pergi. Sejurus selepas itu Ray pun pergi  berjumpa dengan doktor yang bertugas untuk settlekan apa-apa yang patut sambil minta MC sekali. Bayaran dia pun Qis dah tolong settlekan. RM1 je dah namanya hospital kerajaan. ”Terima kasih kerajaan Malaysia, jasamu dikenang!.” Ingat nak cakap dalam hati je tak sangka pulak Ray tercakap kuat sampai semua orang dalam hospital pandang dia sambil buat muka pelik. Siap ada yang tabik spring. Patriotik sungguh! Doktor cakap kalau kepala sakit lagi tolong datang hospital semula. Tak lama lepas tu Mie pun sampai. Sampai-sampai je terus Mie tanya Ray mana awek tadi tu. 

Baru Ray teringat yang dia belum mintak nombor handphone Qis. Dia duduk mana pun Ray tak tanya. “Argggghhhh…!!!!”.