Penulis : Kotak Hati
Penafian : Kisah ni takde kene mengena dengan novel Suamiku Abang Bomba atau pun yang seangkatan dengannya dan takde kene mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
PROLOG
Kisah yang akan aku
coretkan ini bukanlah realiti malah bukan juga imaginasi cuma minda ini ingin
berbicara, bicara tentang sebuah kisah
cinta yang aku sendiri tidak pasti mana originnya..
Pagi ahad itu hujan turun dengan lebat membasahi pohon-pohon yang menghijau, anugerah yang tak ternilai daripada yang Maha Esa. Sayang, cuma segelintir manusia mensyukuri nikmatnya. Tak jauh daripada jendela kaca kelihatan awek-awek Universiti berlari-lari anak sambil menjinjing buku di atas kepala menuju ke arah bas persiaran yang siap tersedia menanti. Tersenyum aku melihat telatah mereka. Dah tau sekarang ni musim hujan apesal la tak bawak payung. Rasa macam nak turun pergi hantar payung dekat dorang. Tapi aku pendamkan sahaja hasrat tu takut bertumbuk pulak aku dengan balak dorang nanti maklum la awek-awek yang dressed up K-Pop macam tu kompom la dah berpunya kan? Tapi bila diamati betul-betul aku macam pernah kenal je sorang awek yang berdiri ayu dekat stesen bas tu. Yang bertudung bawal, berkulit cerah sejuk mata memandang. Hampir aku jeritkan nama yang telah kian lama aku lupakan. Ya.. nama yang dah terlalu lama aku lupakan…
CHAPTER 1
“Oitt Ray jam ko rosak ke pe? Ke ko buat-buat lupa hari ni final exam dowh”, jerit Mie member sebilik dan merangkap member kamceng Ray sambil menggoncang-goncangkan tubuh rakan baiknya yang kurus tetapi agak sado itu.
“Bising betul la mamat skema ni, aku study sampai ke pagi tu pasal la mengantuk giler ni.” Dengan mata yang berselaput taik mata Ray gagahkan jugak la cari henpon Nokia 3310 kesayangannya itu. “Masak.. dah pukul 8.50 pagi. Paper calculus start pukul 9.00 pagi. Calit mata ngan air liur la jawabnyer nih”, bebel Ray sendirian. Ray capai apa yang patut, menggelabah turun anak tangga apartment 5 tingkat yang mereka sewa sebab malas nak tinggal dekat asrama yang disediakan kononnya sebab tak bebas. Nasib baik tak tersungkur. Kalo ikut jiwa kentalnya mau je dia lompat dari tingkat 5 apartment sambil buat gaya Captain America.
Sampai je dekat motor kapchai
championnya tu, Ray terus masukkan kunci, start motor dan terus pulas minyak sampai
habis. Dah lambat la katakan. Tapi satu benda dia terlupa! Ye.. mangga brand
Solid yang baeknye tergantung dekat disk brake depan. “Mampus aku!“, jerit Ray
dalam hati. Ketakk!!! “Aikk.. elok je pulak tu dia tercabut sendiri. Memang
patut la pun dah brand Solid. Kah..Kah...” Ray menunggang laju tanpa menoleh
kebelakang menuju ke jalan besar. Elok je lalu depan stesen bas sempat pulak dia terpandang sorang awek ayu muka
ala-ala Japanese look, berbaju kurung,
bertudung bawal, ada tahi lalat manis bawah bibir sebelah kiri, tengah tunggu
bas dekat situ.
“Perghh.. Cun siak awek ni.”
Ternganga mulut Ray.
Tapi dalam masa yang sama
kelihatan 3 biji motor kapchai berhenti dekat situ dan dengan selambanya salah
seorang malaun meragut kejam handbag
awek tu. Siap terjatuh awek tu. “Punye
ramai orang kat situ tapi takde sorang pun yang nak tolong. Siyut betul la.
Sume takde t#*o ke?”, bentak Ray sambil menggenggam buku lima sampai tersembul
urat tangannya. Tak sampai beberapa saat elok je bebudak kapchai tu lalu depan Ray
sambil buat aksi Superman. Jauh dari
sudut pandangan mata Ray, jelas kelihatan awek tadi tu menahan kesakitan akibat
terjatuh tadi. Atas dasar perikemanusiaan Ray terus change gear 2 pulas habis minyak full throttle terus pergi kejar bebudak kapchai tu.
Sampai dekat bulatan masjid
bebudak tu dah perasan yang ada mamat kejar dorang. Memasing terus tunjuk lagak
amek corner style Rossi siap berapi lagi stand cecah kat jalan. “Dorang ni tak
tau ke aku champion kat sini. Sambil baca New Strait Times je aku ble cecah lutut
la”, sumpah Ray dalam hati. Terus dia pangkah motor bebudak kapchai tu lepas tu dengan selamba badaknyer langgar tayar belakang salah sorang daripada geng malaun itu. Ambik ko! dengan
mamat tu dengan Ray sekali tergolek dekat situ. Nasib mereka baik sebab time tu jalan tengah clear. Lepas 5 saat bergolek Ray bingkas bangun.
Matanya merah menyala,
liar mencari lokasi handbag awek tadi
tu. Lepas dah kelihatan bayang handbag
tersebut, terus dia capai handbag tu daripada
mamat yang tengah menggelupur kesakitan akibat perlanggaran tadi. Walaupun
dalam kegelupuran mamat tu still
pegang erat handbag tu tak nak kasi
lepas. Memang jenis geng penyamun kental! Ray sentap sekuat hati finally terlepas jugak daripada
genggaman dia. Nasib baik tak putus tali handbag
jenama Louis Vuitton itu.
“Perghh.. anak Dato’ ke awek tu?”, ternganga lagi mulut Ray.
“Perghh.. anak Dato’ ke awek tu?”, ternganga lagi mulut Ray.
Tapi tanpa disedari dia
rasa semacam ada cairan panas mengalir daripada belakang kepalanya. Terus pandangannya jadi kabur. Tapi
sebab nak nampak macho punye pasal,
Ray buat-buat cool. Cantek punya lepas dia pusing belakang, sorang lagi pulak
bagi penumbuk tepat kena dekat batang hidung Ray. Dah hidung pulak berdarah.
Darah muda Ray dah mula mendidih. Semangat juangnya meluap-meluap!
Seorang demi seorang Ray
pandang, melilau matanya mencari ketua dorang. Ray ni ada satu habit. Kalau pasal gaduh ni
memang dia akan aim ketua dia dulu. Dapat
je ketua geng penyamun tu, terus dia cekak leher mamat yang pegang kayu yang masih
kelihatan lelehan darahnya itu. Ray dah macam hilang akal. Tak sedar berapa das
tumbukan dia bagi dekat muka mamat tu sampai lembik mamat tu dia kerjakan. Dasar
geng penakut! Takde sape pun yang datang tolong ketua dorang tu. Semua
pakat-pakat start enjin motor lepas
tu blah dari situ tinggalkan ketua dorang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
Ray cakap dekat mamat tu,
“Lu kalo takde duit pergi carik keje la bro. Jangan menyusahkan orang lain”. Mamat
tu angguk-anguk kepala je tanda paham la tu.
Lepas daripada tu Ray pun
angkat motor champion kesayangannya tu, start enjin dan terus meluru laju menuju ke stesen bas tempat
awek cun yang terjatuh tadi tu.
Sampai je dekat sana Ray terus pergi dekat awek tu sambil menghulurkan handbag Louis Vuitton yang dah berjaya dia dapatkan kembali dengan muka bangga siap kembang lubang hidung. Bila
dah berdepan, baru la Ray sedar betapa ayunya awek tu walaupun tanpa secalit makeup pun di wajahnya. Tak tau kenapa,
jantung Ray berdegup kencang. Sekencang angin laut China Selatan!
“Saya rasa ni awak punya.
Awak takde apa-apa ke?”, sapa Ray sambil tangannya menggigil menghulurkan handbag. Gigil woo! Mau tak gigil, first
time tegur awek cun. Walaupun dalam kesakitan, terpancar jugak senyuman manis
awek tu. Terus Ray terlupa pasal kepala dan hidungnya yang berdarah tu.
“Terima kasih ye sebab
tolong dapatkan balik handbag saya
tu. Terima kasih sangat. Tapi awak tak kenal saya, kenapa awak sanggup susahkan
diri kejar bebudak tadi tu? Saya mintak maaf banyak-banyak sebab susahkan awak.
Saya mintak maaf awak”. Nada sedih awek tu buat Ray jadi sebak. “Siyut la
tetibe jadi jiwang plak. Ni kalo Mie nampak , sampai ke sudah dia bahan aku”,
bisik hati Ray sambil berhuhu sendirian. Dengan coolnye Ray menjawab, “Dah jadi
kewajipan saya untuk tolong orang yang dalam kesusahan. Mungkin hari ni hari
awak, hari saya tak tau bila pulak kan? Ok jom pergi tengok wayang awak
belanja. He.. He..”. “Eeh.. sempat plak nak menggatal ye”, kata awek tu sambil
tangannya secara spontan laju je mencubit pinggang Ray. Terus muka dia berubah. “Sorry.. sorry
awak, saya tak sengaja tercubit awak. Sorry eek”. “He.. He.. Takde hal la
bukannya kuat pon rase macam kene gigit lebah je”, jawab Ray dengan muka
menahan kesakitan.
Dengan tak semena-menanya
dorang boleh berborak panjang pulak dekat stesen bas tu walaupun masing-masing
belum perkenalkan diri lagi. Rasa macam dah kenal lama la pulak. Tiba-tiba awek
tu cakap, “By the way nama saya…”. Belum sempat dia habiskan ayat perkenalannya itu, secara tiba-tiba pandangan Ray menjadi kabur dan selepas itu semuanya menjadi gelap umpama malam tenang tanpa bintang.
*************************
Bukak-bukak je mata terus
Ray pegang kepalanya, “Hadoyai sakit gile la kepala aku.” Tapi dia
pelik bila masa pulak dia pakai kopiah?. Rupanya kepala Ray dah siap berbalut
rapi. Bila dia pandang sekeliling baru la dia sedar yang dia sekarang ni berada di dalam wad dan awek yang dia belum sempat nak berkenalan tadi tu ada duduk di sebelah katilnya sedang menunggunya. “Awak.. awak dah sedar. Awak ok tak? Kenapa kepala awak
boleh berdarah? Tadi awak pengsan, awak tau tak? Nasib baik kawan awak yang
nama Mie tu lalu dekat situ. Dia yang call ambulans tapi saya cakap dekat dia
biar saya je yang ikut. Saya suruh dia bawak balik motor awak tu. Doktor cakap awak pengsan sebab kepala awak
kena hentakan objek keras. Tapi takde apa-apa yang serious.” Banyak pulak
soalan awek ni dah macam keretapi express dah dia cakap. Terus Ray letak jari
telunjuknya dekat mulut mungil awek tu sambil berkata, “I’m fine. Don’t worry about
me. I’m Iron Man”.
Dengan pipi kemerah-merahan awek tu balas, “Tak padan dengan sakit sempat lagi nak bergurau ye. Saya risau ni tengok keadaan awak. Saya carik nombor telefon emak awak dekat henpon awak tu tapi saya tak sure yang mana satu yang betul sebab banyak sangat nama emak dekat dalam contact list awak tu.” Berpeluh dahi Ray. Nasib baik la awek tu tak call mak dia kalau tak mesti mak dia risau. Nak-nak kalau pompuan pulak yang call. Mak Ray memang dah banyak kali tukar nombor telefon. Yang si Ray ni pulak tak reti-reti nak delete nombor lama mak dia tu sampai kekadang dia sendiri pun konpius yang mana satu nombor mak dia.
“Alamak.. paper
calculus!!”. Sepantas kilat Ray teringat. Bersusah-payah dia study subjek tu sampai ke pagi, last-last time exam dia tak datang
pulak. “Awak on the way nak pergi exam ke tadi?”, soal awek tu. “Aah..
paper calculus. Tapi takpe la nanti saya pergi jumpa Encik Zul untuk bincang
balik macam mana nak buat, samada boleh ambil semula exam tu atau pun tidak. Oh
ye.. Sambung balik perbualan kita pagi
tadi tu, saya Azrai dan awak boleh panggil saya Ray pasal memember sume panggil
saya macam tu.” “Saya pulak Nur Qistina dan awak boleh panggil saya Qis. Bukan kiss tau. He.. He”. Pandai pulak awek ni
bergurau manja dengan si Ray. “Oh indahnya dunia!”, jerit Ray dalam hati. “Tak
sangka pulak kita boleh berkenalan dengan cara macam ni. By the way, awak
tunggu saya ni balak awak tak marah ke?.”
“Urmm.. Tadi doktor cakap
awak dah boleh discharge hari ni.
Saya pun dah call kawan serumah saya Nina mintak tolong dia jemput saya dekat sini. Awak
nak ikut sekali ke?." “Eeh.. Dia boleh tukar topik lain la pulak. Soalan aku
dia tak jawab lagi. Lantak la bukannya ada kena mengena dengan aku pun”. “Takpe
la, Qis balik la dulu dengan kawan Qis tu. Kejap lagi saya mintak Mie jemput
saya.”
Tetiba handphone Qis
berbunyi. “Ok la Ray, kawan saya dah sampai la. Saya pergi dulu ye. Nanti kita jumpa lagi
eek. Take care.” Lepas bagi salam Qis pun berlalu pergi. Sejurus selepas itu Ray pun
pergi berjumpa dengan doktor yang bertugas
untuk settlekan apa-apa yang patut
sambil minta MC sekali. Bayaran dia pun Qis dah tolong settlekan. RM1 je dah
namanya hospital kerajaan. ”Terima kasih kerajaan Malaysia, jasamu dikenang!.” Ingat nak cakap dalam hati je tak sangka pulak Ray tercakap kuat sampai semua orang
dalam hospital pandang dia sambil buat muka pelik. Siap ada yang tabik spring. Patriotik
sungguh! Doktor cakap kalau kepala sakit lagi tolong datang hospital semula. Tak
lama lepas tu Mie pun sampai. Sampai-sampai je terus Mie tanya Ray mana awek
tadi tu.
Baru Ray teringat yang dia belum mintak nombor handphone Qis. Dia duduk mana pun Ray tak tanya. “Argggghhhh…!!!!”.
Baru Ray teringat yang dia belum mintak nombor handphone Qis. Dia duduk mana pun Ray tak tanya. “Argggghhhh…!!!!”.